Monday, June 4, 2012

Ku turuti perintahmu..kerana aku cinta padamu

Dalam ketika kita menyintai seseorang..pasti kita ingin jadi yang terbaik dimatanya...supaya cintanya untuk kita makin bertambah betul tak?? Apa yang dia suka walaupun kita tak bape suka pada awalnya seboleh bolehnya kita cuba sedaya upaya untuk suka apa yang dia suka ( selagi perkara yg tidak menyimpang dalam agama islam)..lama kelamaan ia akan jadi kebiasaan untuk kita suka apa yang sidia suka..Insyaallah..ini bukan hipokrit tapi kecenderungan perasaan kasih dan sayang untuk si dia.. Bergitu juga apa yang sidia tidak suka , seboleh-bolehnya kita akan menjauhi dan turut sama tidak suka akan sesuatu yang sidia tidak suka (mungkin ada kebaikkan  ini kerana menghormatinya dan kita tak mahu mencetuskan pergaduhan dan pertengkaran kerana sesuatu yang sidia tak suka...jadi seboleh mungkin kita cuba jauhi untuk melakukan perkara yang sidia tidak suka kerana kita sayang , cinta padanya..setuju tak???..

Dalam pada ini.. "Kerana kasih ku turuti".. Bila dah ada perasaan cinta pada seseorang ..mudah untuk kita lakukan apa saja untuknya..kerananya...dengan perasaan ikhlas untuknya...

Apa yang Lia cuba katakan disini... Jika tiada perasaan cinta pada allah. ikhlas kerana allah...maka sukar laa kita untuk mengerjakan sesuatu yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya..Kita akan rasa satu paksaan..terpaksa dan tidak ikhlas melakukan suruhannya..Bila ini yang kita rasa maka beratlah pada kita mengerjakanya.. Sungguh lia dah rasa beratnya nak solat..beratnya nak berpuasa..beratnya nak terus menutup aurat..dan jangan lupa peranan syaitan dan nafsu pulak..maka lemas laa lia dari terus mempertahankan suruhan Allah untuk lia sebagai hambanya...Masyaallah..

Tapi perasaan cinta pada Allah ..adalah dorongan dari Allah jua...dan pada siapa yang dia hendak berikan hidayah dan petunjuk.. Jadi berdoalah kita agar Allah mengizinkan kita ada perasaan cinta padanya..mintalah pada allah berkali-kali sehingga perasaan cinta pada allah itu hadir dalam hidup kita.. Bilamana cinta untuk allah hadir dalam diri kita maka "segala perintahmu akan kuturuti" "Segala laranganmu akan ku Jauhi"... yang mana perkerjaan tadi berat untuk dikerjakan jadi mudah ..ringan malah kita tertunggu-tunggu untuk mengerjakannya.. itulah yang dinamakan cinta hakiki.. sepertimana kita tidak sabar-sabar untuk berjumpa kekasih hati,.bergitu jualah kita tidak sabar-sabar untuk bertemu allah dalam solat kita...tak sabar-sabar bercerita pada Allah apa yang kita rasa... walaupun allah maha mengetahui dia yang mengaturkan jalan hidup kita.. tapi bila kita bercerita pada nya..mengadu padanya insyaallah hati akan tenang ,,,bila hati tenang kita tenang sudah tentu semua permasaalahan yang kita hadapi kita dapat atasi dengan izin allah.. Tak percaya..cubalah mengadu , bercerita pada allah ketika kita hadapi masalah atau marahkan sesuatu insyallah hati yang tadi panas akan sejuk..tiba tiba saja kita mampu memujuk diri tapi yakinlah..itu kuncinya.. Yakin akan adanya allah untuk menolong kita... Sebab bila kita mengadu pada allah..bercerita pada allah kita harapkan satu penyelesaian bukan??.. takkanlah kita nak serabut berterusan.. Allah akan ilhamkan kita jalan penyelesaian... Kita akan merasaianya...insyaallah.. Yang baik pun datang dari allah yang burukpun daripadanya...kita tiada daya tanpa izinnya....

Lia mohon maaf jika ada salah dan silap didalam penulisan ini... Moga allah merahmati kita semua..insyallah

Berdoalah pada Allah supaya kita diberi hidayah moga hati kita mengenal erti cinta hakiki yang dicari-cari..
berdoa pada allah tidak semestinya diatas tikar sejadah sahaja.. sekarang pun boleh.. bila-bila, walau dimanapun kita berada.. Insyaallah Allah Maha Mendengar...

Moga Allah terus izinkan lia menjadi hambanya yang menyintainya..


No comments:

Post a Comment