Monday, June 4, 2012

Ku turuti perintahmu..kerana aku cinta padamu

Dalam ketika kita menyintai seseorang..pasti kita ingin jadi yang terbaik dimatanya...supaya cintanya untuk kita makin bertambah betul tak?? Apa yang dia suka walaupun kita tak bape suka pada awalnya seboleh bolehnya kita cuba sedaya upaya untuk suka apa yang dia suka ( selagi perkara yg tidak menyimpang dalam agama islam)..lama kelamaan ia akan jadi kebiasaan untuk kita suka apa yang sidia suka..Insyaallah..ini bukan hipokrit tapi kecenderungan perasaan kasih dan sayang untuk si dia.. Bergitu juga apa yang sidia tidak suka , seboleh-bolehnya kita akan menjauhi dan turut sama tidak suka akan sesuatu yang sidia tidak suka (mungkin ada kebaikkan  ini kerana menghormatinya dan kita tak mahu mencetuskan pergaduhan dan pertengkaran kerana sesuatu yang sidia tak suka...jadi seboleh mungkin kita cuba jauhi untuk melakukan perkara yang sidia tidak suka kerana kita sayang , cinta padanya..setuju tak???..

Dalam pada ini.. "Kerana kasih ku turuti".. Bila dah ada perasaan cinta pada seseorang ..mudah untuk kita lakukan apa saja untuknya..kerananya...dengan perasaan ikhlas untuknya...

Apa yang Lia cuba katakan disini... Jika tiada perasaan cinta pada allah. ikhlas kerana allah...maka sukar laa kita untuk mengerjakan sesuatu yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya..Kita akan rasa satu paksaan..terpaksa dan tidak ikhlas melakukan suruhannya..Bila ini yang kita rasa maka beratlah pada kita mengerjakanya.. Sungguh lia dah rasa beratnya nak solat..beratnya nak berpuasa..beratnya nak terus menutup aurat..dan jangan lupa peranan syaitan dan nafsu pulak..maka lemas laa lia dari terus mempertahankan suruhan Allah untuk lia sebagai hambanya...Masyaallah..

Tapi perasaan cinta pada Allah ..adalah dorongan dari Allah jua...dan pada siapa yang dia hendak berikan hidayah dan petunjuk.. Jadi berdoalah kita agar Allah mengizinkan kita ada perasaan cinta padanya..mintalah pada allah berkali-kali sehingga perasaan cinta pada allah itu hadir dalam hidup kita.. Bilamana cinta untuk allah hadir dalam diri kita maka "segala perintahmu akan kuturuti" "Segala laranganmu akan ku Jauhi"... yang mana perkerjaan tadi berat untuk dikerjakan jadi mudah ..ringan malah kita tertunggu-tunggu untuk mengerjakannya.. itulah yang dinamakan cinta hakiki.. sepertimana kita tidak sabar-sabar untuk berjumpa kekasih hati,.bergitu jualah kita tidak sabar-sabar untuk bertemu allah dalam solat kita...tak sabar-sabar bercerita pada Allah apa yang kita rasa... walaupun allah maha mengetahui dia yang mengaturkan jalan hidup kita.. tapi bila kita bercerita pada nya..mengadu padanya insyaallah hati akan tenang ,,,bila hati tenang kita tenang sudah tentu semua permasaalahan yang kita hadapi kita dapat atasi dengan izin allah.. Tak percaya..cubalah mengadu , bercerita pada allah ketika kita hadapi masalah atau marahkan sesuatu insyallah hati yang tadi panas akan sejuk..tiba tiba saja kita mampu memujuk diri tapi yakinlah..itu kuncinya.. Yakin akan adanya allah untuk menolong kita... Sebab bila kita mengadu pada allah..bercerita pada allah kita harapkan satu penyelesaian bukan??.. takkanlah kita nak serabut berterusan.. Allah akan ilhamkan kita jalan penyelesaian... Kita akan merasaianya...insyaallah.. Yang baik pun datang dari allah yang burukpun daripadanya...kita tiada daya tanpa izinnya....

Lia mohon maaf jika ada salah dan silap didalam penulisan ini... Moga allah merahmati kita semua..insyallah

Berdoalah pada Allah supaya kita diberi hidayah moga hati kita mengenal erti cinta hakiki yang dicari-cari..
berdoa pada allah tidak semestinya diatas tikar sejadah sahaja.. sekarang pun boleh.. bila-bila, walau dimanapun kita berada.. Insyaallah Allah Maha Mendengar...

Moga Allah terus izinkan lia menjadi hambanya yang menyintainya..


Monday, February 27, 2012

Andai aku pergi esok!!!

Ya Allah..andai aku pergi esok ....

Cukupkah bekalanku??? ..
Redhakan kamu terhadapku dan amalanku???...

Bekalanku masih kurang ya Allah,,,Bantu aku ya allah,,, bantu aku untuk mencari keredhaanmu,,,

Ya Allah,,, berikan aku kesempatan ini.. untuk aku mengabdikan diriku terhadapmu,,
berikan aku pertunjuk dan hidayahmu untuk aku lalui sisa-sisa kehidupanku didunia ini..
Bantulah aku ya Allah sesungguhnya aku tiada berdaya melainkan dari keizinan darimu Ya Allah..

Ya Allah,.. terbitkan dalam hati ini mensyukuri nikmat dan rahmatmu yang kau berikan padaku selama ini.

Ya Allah,, Janganlah kau sesatkan aku kembali setelah engkau berikan kesedaran kepadaku ya allah,,,

Ya Allah,, Mohon agar hati ini sentiasa mengingatimu ...

Ya Allah,,
Berikan cinta dihati ini .. untuk menyintaimu Ya Allah,,
Berikan hati ini kesempatan menikmati NIKMAT cinta dan jiwa yang tenang...

Ya Allah.. Ampunkanlah dosa-dosa aku yang lalu,,sekarang dan yang akan datang...
Ya Allah,, Masukkan iman..kuatkan imanku..
Ya Allah,..Jadikan aku seorang yang penyabar dan bersabar terhadap ujian yang kau berikan padaku,..
Ya Allah.. Ya Rahman...Ya Rahim..

**Illahi Anta Maq'sudi..Warid'ha kamat Lubi****

Wednesday, February 15, 2012

Aku ..Cactus dan Cinta

Besarkan cactus ni.... ni baru dok dalam pasu...cuba tanam atas tanah mesti lagi besarkan...

bergitu juga cintaku...cinta yang ada didalam diri ni terbatas antara manusia sesama manusia... aku ingin mencari cinta hakiki cinta yang luas yang menjanjikan kebahagian dunia dan akhirat...

Dalam mencari cinta ini... aku jumpa setelah aku menempuhi kedukaan dan kesedihan...
tapi cintaku ini ada pasang surutnya... kerana cintaku ini baru berputik... baru diperingkat awal..masih cuba mengenali... masih cuba memperbaiki diri... Insyaallah akan aku bajakan cinta ini dengan tasbih dan tahmid moga cintaku ini ikhlas mekar dan berbunga hingga akhir hayatku...






Tuesday, November 15, 2011

Komunikasi Itu Cinta


Komunikasi adalah segala-galanya di dalam cinta.
Tanpa komunikasi cinta tidak akan dapat termeterai.
Tanpa komunikasi, rindu tidak akan dapat diubati.
Tanpa komunikasi kasih sayang tidak dapat diberi dan dirasa.
Tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah gelisah.
Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi.
Tanpa komunikasi tidak akan wujud rasa cinta.
Tanpa komunikasi, tidak akan ada perkongsian suka dan duka.
Tanpa komunikasi, cinta bertepuk sebelah tangan.
Dengan Komunikasi datangnya Cinta.
Dengan cinta datangnya keasyikan.
Dengan keasyikan datangnya keikhlasan.
Dengan keikhlasan datangnya keyakinan.
Dengan keyakinan datangnya kekuatan.
Dengan kekuatan datangnya semangat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang difikirkan.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilihat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang didengar.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilakukan.
Komunikasi itu cinta.
Cintakan Allah adalah cinta paling Agung.
Ya Allah, aku ingin sentiasa berkomunikasi dengan diriMu ya Allah.
Aku ingin ceritakan segala-galanya dengan dirimu ya Allah.
Agar wujud rasa cinta kepadaMu dalam jiwaku ya Allah.

Sunday, November 13, 2011

Syirik


Ya allah izinkan aku berkongsi sedikit ilmu mu disini , Pengkongsian ilmu dari seorang sahabat aku kepada aku ,,, Mengenai syirik ..
Syirik bahasa paling senang adalah menDUAkan ALLAH (menyekutu & menyembah selain ALLAH);-

1. Syirik Jali ( Syirik terang-terangan) -Menyembah selain dari ALLAH..
2. Syirik Khafi ( Syirik yg samar-samar) - percaya kepada perkara khurafat & seangkatannya
3. Syirik Khafi ilal Khafi ( Syirik tersembunyi lagi tersembunyi) - berlaku dalam keadaan kita lalai daripada mengingati Allah


Ciri2 Syirik Khafi

1) Bergantung Hati Kepada Sesuatu Selain Allah

Syirik khafi jenis ini sangat lumrah dalam urusan kehidupan seharian. Apabila seseorang melihat dirinya melakukan ibadah yang banyak,atau melihat dirinya mempunyai kebijaksanaan dan kehebatan sehingga berjaya memperoleh suatu kebaikan.

Atau menyandarkan sesuatu kebaikan yang diperoleh disebabkan manusia lain atau benda lain yang di jadikan oleh Allah seperti ubat-ubatan atau ketinggian sains dan teknologi dan sebagainya.

Contoh 1 :
Seorang lelaki yang telah sembuh dari sakit, merasakan ubat yang dimakan itulah yang menyembuhkan penyakitnya.

Contoh 2 :
Seorang Pengarah Syarikat yang berjaya membawa kejayaan kepada syarikat merasakan kejayaan tersebut dicapai hasil usahanya dan dibantu oleh pekerja-pekerja lain.

2) Ujub

Menurut pengertian yang diberi oleh Imam Al-Ghazali ;
"Ujub adalah rasa hairan dengan diri atau membanggakan diri atau merasai aman dengan adanya suatu kelebihan nikmat pada diri seseorang. Terjadi 'ujub adalah didalam hati, tanpa terzahir sifat rasa bangga dirinya pada tingkah laku atau perkataan."

Contoh 1 :
Seorang melakukan solat larut malam lalu berkata di dalam hati, " Hairan aku dapat melakukan ibadat yang begitu banyak."

Contoh 2 :
Seseorang wanita yang cantik berasa betapa hebatnya diri dengan kecantikan tersebut.

3) Riya'

Riya' dalam beramal adalah melakukan sesuatu amal atau kebajikan dengan niat mendapat pujian makhluk atau bertujuan mendapat pangkat dan kedudukan.

Tiga keadaan berlaku Riya' pada hati seseorang yang melakukan beribadat/melakukan kebajikan.

Niat hati seseorang perlu di awasi pada 3 keadaan ketika beramal.;
1) Pada permulaan melakukan ibadat.
2) Ketika sedang melakukan ibadat.
3) Setelah selesai melakukan ibadat.

Kebanyakan orang beramal biasanya ikhlas pada permulaan ibadatnya. Tetapi gangguan riya' datang ketika sedang beramal atau sesudah beramal. Dengan demikian seseorang wajib berhati-hati dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba mewaswaskan hati supaya berubah niat.

4) Takabbur (Membesarkan Diri)

Takabur adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain. Sifat ini lahir dari hati dan ada kalanya terzahir dalam perkataan dan perbuatannya. Takabur adalah mencabar kekuasaan Allah : Sabda Rasulullah SAW, Firman Allah idalam Hadis Qudsi,

"Takabur itu selendangku dan Kebesaran itu kain sarung Ku. Maka barang siapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan." (Riwayat Muslim)

Punca wujudnya takabur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain.
1. Takabur dengan Ilmu.
2. Takabur dengan Amal
3. Takabur dengan tubuh badan – kecantikan, kekuatan dan lain-lain
4. Takabur dengan harta, anak dan kekayaan dunia.
5. Takabur dengan banyak pengikut
6. Takabur dengan kemuliaan keturunan.
7. Takabur dengan kekuasaan

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (An-Nisa: 48)

Moga Allah Melindungi kita dari perkara2 syirik ini.. Insyaallah

Saturday, November 12, 2011

Tidak MUDAH....Tapi INDAH




Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris

Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu kurniaan dari kasih sayang Allâh

Agar Allâh memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan kajatuhan

Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari..
.
Bahwa Allâh sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita semakin kuat


Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan

Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain

Bukan membahagiakan diri sendiri


Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina

Tapi akan terasa
INDAH kalau itu sebahagian dari penyucian diri...

Dan ikhlas hanya mengharap redha Allâh


Tidak MUDAH melupakan kegagala
n ketika kita masih merasakannya

Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita


Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan

Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh

Untuk mendapat kebahagiaan yang akan diberikan Allâh sebagai penggantinya


Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan

Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...

Bahwa Allâh telah meminjamka
n kepada kita beberapa saat


Tidak MUDAH mengha
dapi penderitaan dan dugaan yang terus menyeksakan

Tapi akan terasa INDAH ketika menambahkan kesabaran dan rasa syukur

Dan menyedari itu sebahagian dari cara Allâh menyayangi hambanya...

Seperti Allâh menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...

Wednesday, November 9, 2011

Bukan milik aku,,,milik ALLAH


Selama ini.,, aku kata duit gaji hasil kerja aku itu,,,duit aku,
selama ini ,,aku kata harta yg aku ada... harta aku,
selama ini,, aku kata kereta yg aku beli ,,itu kereta aku,
selama ini,, aku kata .."aku kata",, itu aku punya,,ini aku punya,,, semuanya aku punya padahal........................................... aku tiada apa-apa...

tapi hari ni aku sedar,,, duit gajiku bukan sepenuhnya untuk aku,,
tapi hari ini aku sedar,, harta yang aku ada bukan selamanya disisiku,
tapi hari ni aku sedar,, kereta aku bukan aku punya,,, jika allah tidak mengizinkan aku berkereta aku takkan mampu memilikinya ,,,,,, aku tiada ada apa apapun ,, semuanya milik allah yang dipinjamkan dan diamanahkan kepadaku untuk menjadi wakilnya... ya allah terima kasih kerana sedarkan aku yang mana aku tidak memiliki apa-apapun melainkan aku dimiliki olehmu..

ya allah,, jadikan aku seorang yang ikhlas..jadikan aku seorang yang redha ,,jadikan aku seorang yang beriman dan jadikan aku seorang sabar dan jadikan aku hamba yang menyintaimu yaa ALLAH melebihi segala2nya,,, amin.. amin ya rabbal alamin